Archive for the “Islam” Category

Adakah itu maksudnya apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan akhbar Herald (kristian) menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka? Hakim yang memutuskan demikian ialah seorang yang menggunakan nama cina yang semestinya tidak boleh diharap untuk membela Islam.

Pihak kerajaan melalui menteri yang menjaga agama Islam telah mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama dengan NGO untuk mengatasi masalah ini. Setelah mahkamah bersidang? Terlambat…. Sedangkan kemungkinan pihak Herald telah menerbitkan ribuan atau jutaan penerbitan yang menggunakan nama Allah. Adakah Herald akan membuang masa untuk menggunakan nama Allah?

Antara yang mengejutkan ialah pandangan dari Ustaz Zaharuddin yang menyatakan

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (al-Zukhruf : 87-88).

namun kemudian memberikan pandangan

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari’yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Pandangan politik pula lebih melucukan. Siapa yang menonton Berita Utama TV3 pasti akan tahu mengenai perhimpunan haram yang salah seorang dari peserta yang diinterview ialah ahli pemuda parti politik yang tidak habis-habis berpolitik. Beliau Dia mempertikaikan kenapa PAS tidak bersuara dalam hal ini. Walaupun terang dan nyata dia berpolitik namun persoalan tetap timbul. Dimana PAS?

Ada juga ahli politik PAS yang turut berpolitik. Kenyataan dia dalam Facebook

Atr pndngn luar kotak fikiran:Isu pggunaan nama Allah sbnrnya brtujuan mngalih org ramai dr isu Enjin Jet HilangKeputusan ini hanya diperingkat Mahkamah Tinggi.Ertinya, kputusan ini masih boleh drayu diMhkmh Rayuan serta boleh pergi keMhkmh Persekutuan.Ertinya,kputusan ini masih belum muktamad. #Mahkamah adalah dlm png…uasaan UMNO.Kalau Dato Seri Anwar boleh didapati bersalah dahulu,mengapa keputusan ini tdk d atur?

Kalau dah ahli politik…….

Comments No Comments »

Satu artikel mudah dan ringkas bagi memahami maksud keadilan dan kesamarataan yang di tulis oleh blog Dr. Azwan..

Salam,

Adil itu bukan semata-mata sama rata.

Adil tidak sekadar membawa maksud bahawa jika kita ada dua orang anak, maka sekiranya anak pertama itu dibeli baju warna merah, maka seorang anak lagi juga harus dibeli warna merah.

Apakah sebenarnya adil?

Adil di dalam Islam membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Maka sekiranya ada sebiji epal, untuk dibahagikan kepada seorang budak yang sangat gemuk akibat terlebih makan dan seorang budak lagi adalah sangat kurus kerana kebuluran, adakah adil epal itu dibahagi sama rata – sama berat?

Atau adakah sebenarnya lebih adil sekiranya sebiji epal itu diserahkan semuanya kepada si kanak-kanak yang kebuluran itu tadi?

Bagaimana sekiranya budak gemuk akibat terlebih makan ingin mengambil tindakan mahkamah kerana ketidak adilan kita membahagi epal tersebut?

Jika dilihat hukum dunia, maka ia tidak adil, tetapi di dalam Islam, ia adalah adil kerana ia meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Begitu juga pesakit yang marah-marah kerana menunggu lama sebab doktor terpaksa melayan pesakit kecemasan dahulu. Doktor terpaksa bertindak adil dengan merawat pesakit yang lebih teruk walaupun pesakit tadi datang lebih awal.

Hospital juga perlu adil dengan menyediakan lebih doktor di dalam situasi keadaan pesakit yang begitu ramai.

Berlawanan dengan konsep adil di dalam Islam ialah Zalim. Zalim itu ialah tidak meletakkan sesuatu kepada tempatnya.

Kita kadangkala boleh bersikap zalim terhadap diri kita sendiri dan keluarga kita.

Dato’ Fadzilah Kamsah pernah berceramah bahawa seseorang yang membiarkan bulu hidungnya lebat sehingga terkeluar dan menampakkan dia pengotor, adalah mensabotaj dirinya sendiri. Dalam kata lainnya dia sedang melakukan kezaliman kepada dirinya sendiri.

Pada pendapat saya, seorang bapa yang tidak mahu memulakan rawatan nebulizer untuk anaknya yang berpenyakit asthma akut sedangkan anaknya sangat-sangat memerlukannya kerana takut bahawa ubat tersebut boleh mendatangkan ketagihan adalah satu kezaliman.

Pertama ia zalim kepada anaknya sendiri yang terpaksa menderita akibat penyakit tersebut. Kedua ayahnya jahil tentang ilmu tersebut dan beliau bertindak zalim kepada diri sendiri dan keluarga kerana tidak mahu mencari ilmu atau bertanya kepada yang pakar.

Firman Allah Taala:

Dan belanjakan (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan dan perbaikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
(Surah Al Baqarah Ayat 195)

Wallahu Alam.

Comments No Comments »